Seo Services

Dukun Dipukul Tanam Tangkal Bawah Rumah Ahli Politik

Dukun
Seorang lelaki yang juga `dukun’, telah dipukul dengan kayu dan diarak keliling kampung dalam keadaan berbogel selepas dia dituduh cuba menanam tangkal di bawah rumah seorang ahli politik di Selatan Nigeria.

Gabon Iyiaka telah ditangkap oleh penduduk di rumah ahli politik itu, Marcel ‘Marley’ Nnodim , bersama-sama dengan tangkal terbabit.

Dia sebelum ini telah ditangkap kerana melakukan perkara sama di rumah Marcel, minggu lepas.

Menurut salah seorang pengguna media sosial dikenali sebagai ‘C IG Iwunze’, Gabon adalah lelaki jahat dan dia tidak sepatutnya mendapat simpati sesiapa pun.

“Nasib baik hari ini ada pasar di kampung saya dan anda boleh agak apa yang budak-budak lakukan pada dia.

“Marley adalah seorang ahli politik yang terkenal di situ dan sejak dua tahun lalu dia sukar untuk makan,’’ katanya. – mynewshub.cc

Dukun Dipukul Tanam Tangkal Bawah Rumah Ahli Politik Dukun Dipukul Tanam Tangkal Bawah Rumah Ahli Politik Reviewed by Azmin on December 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.