MANILA – Presiden Rodrigo Duterte menggesa kumpulan Abu Sayyaf dan komunis bercuti supaya penduduk Filipina dapat merayakan Hari Natal dan menyambut Tahun Baru dengan aman.
Bercakap kepada wartawan ketika melawat markas tentera di barat Mindanao di Zamboanga, presiden Filipina itu berkata, dia berharap keadaan akan aman sepanjang musim percutian hujung tahun ini.
“Walaupun ia tidak disambut oleh masyarakat Moro, tetapi sekurang-kurangnya mereka perlu fikirkan keadaan penduduk Kristian yang menyambut Hari Natal,” katanya merujuk kepada Abu Sayyaf.
“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru kepada semua orang, termasuklah komunis dan Abu Sayyaf. Kita hentikan seketika sempena musim perayaan ini.
“Mungkin kita boleh sambung berperang pada lain hari,” katanya.
Duterte melawat dan memberi bantuan kewangan kepada 16 anggota tentera Filipina di Hospital Kem Navarn yang cedera dalam pertempuran dengan Abu Sayyaf di Basilan dan Sulu baru-baru ini.
“Kita perlu memastikan kebajikan tentera kita terjaga. Mereka bertarung nyawa untuk negara ini,” katanya. – Agensi/myMetro Online
Duterte Gesa Abu Sayyaf, Komunis Cuti Krismas
Reviewed by Unknown
on
December 19, 2016
Rating:
No comments: