Seo Services

Gempa kuat ketiga dalam 2 minggu di Solomon Islands



SYDNEY: Gempa bumi dengan kekuatan 6.0 magnitud menggegarkan Kepulauan Solomon hari ini, gempa ketiga yang melanda negara Pasifik itu dalam masa kurang dua minggu, lapor Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran berlaku pada jam 4.46 petang waktu tempatan pada kedalaman 39 kilometer, kira-kira 83 kilometer ke barat-barat laut Kirakira, kata USGS.

Pada 10 Disember lalu, gegaran 6.9 magnitud melanda Kirakira. Hari sebelumnya, gempa 7.7 magnitud mencetus gegaran kuat dan juga amaran tsunami, walaupun tiada kerosakan teruk dilaporkan. - AFP

Gempa kuat ketiga dalam 2 minggu di Solomon Islands Gempa kuat ketiga dalam 2 minggu di Solomon Islands Reviewed by uMieySurianie on December 18, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.