LAHAD DATU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kerajaan akan menggunakan apa saja cara untuk menjamin keselamatan di pantai timur Sabah.
Beliau berkata, ia termasuk melaksanakan pendekatan baharu yang lebih berkesan seperti perubahan taktikal dilakukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam operasi di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE).
Katanya, perubahan taktikal menyaksikan kejayaan pasukan keselamatan menembak mati tiga penculik dalam kejadian tembak-menembak di perairan Semporna, baru-baru ini.
"Ini memberi gambaran yang yang kita serius menangani isu ini dan kita akan guna apa saja cara untuk menjamin keselamatan di pantai timur Sabah," katanya pada sidang media selepas melancarkan Projek Lebuh Raya Pan Borneo jajaran Jalan Pintas Lahad Datu, di sini, sebentar tadi.
Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Najib berkata, kekuatan pasukan keselamatan juga akan terus ditambah menerusi penambahan aset termasuk yang membabitkan pertahanan udara.
"Pangkalan hadapan helikopter yang dibina di Lahad Datu dijadualkan siap pada Oktober tahun depan dan ini mengukuhkan lagi kekuatan pasukan dan aset keselamatan di kawasan ini," katanya. - BH
Guna Apa Saja Cara Jaga Keselamatan ESSZONE - PM
Reviewed by uMieySurianie
on
December 19, 2016
Rating:
No comments: