Seo Services

Jangan Memandu Ketika 'Mabuk'


KUCHING: Penduduk terutama pengguna jalan raya di kawasan Padawan diingat agar tidak memandu semasa berada di bawah pengaruh alkohol sepanjang musim perayaan Hari Krismas dan Tahun Baharu ini.

Perkara itu ditegaskan Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan Superintenden Aidil Bolhassan yang memberitahu ia penting bagi mengelak daripada terlibat dalam insiden tidak diingini.

“Kita di IPD Padawan sentiasa mengingatkan kepada semua masyarakat di sini tentang keselamatan sepanjang pelancaran Ops Selamat ini.

“Dua perkara penting melibatkan pengguna jalan raya iaitu hendaklah memandu mengikut peraturan yang sedia ada.

“Sekiranya ada pengguna jalan raya yang minum minuman beralkohol kita nasihat berehat di tempat yang betul dan jangan memandu dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena program rondaan bermotosikal anjuran bersama Unit Rondaan Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak (PKKS) di Taman Desa Wira di sini malam kelmarin.

Selain itu, Aidil mengingatkan penduduk di kawasan Padawan memaklumkan kepada pihak polis sekiranya hendak pulang ke kampung halaman masing-masing ketika musim perayaan dan Tahun Baharu.

“Jadi saranan kita adalah sentiasa menghubungi balai polis berdekatan bagi kita buat rondaan rumah-rumah yang ditinggalkan kosong agar kita dapat memastikan rumah itu selamat dan tidak diceroboh oleh pencuri,” tambahnya.

Menyentuh mengenai situasi jenayah di kawasan Padawan, beliau menjelaskan ia masih dalam keadaan terkawal dan pelbagai usaha pencegahan dibuat untuk memastikan kejadian jenayah di kawasan tersebut dapat dikurangkan.

Sementara itu, Pengerusi PKKS Datuk John Lau berkata, program rondaan bermotosikal bersama PDRM merupakan julung kali diadakan.

“Pada malam ini (kelmarin) kita bersama pihak polis melakukan rondaan di beberapa kawasan melibatkan Taman Desa Wira, Taman Kung Phin, Kristal Park, Kuching City Mall, Pasar Raya Emart dan Jalan Arang,” jelasnya.

Hadir sama pada program rondaan itu kelmarin, wakil Menteri Kerajaan Tempatan, Tan Kai.-UB
Jangan Memandu Ketika 'Mabuk' Jangan Memandu Ketika 'Mabuk' Reviewed by Unknown on December 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.