Seo Services

Juanda Muak Janji Kontraktor Siap Projek Tenat

TENAT: Juanda (kiri) bersama lain ketika melawat salah satu projek dikategori tenat di kawasannya semalam.
MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya sudah muak dengan janji kontraktor gagal menyiapkan dua projek melibatkan pembinaan dua dewan menelan kos RM1 juta.

Sudah ditangguh sebanyak tiga kali tarikh siap, Dewan Masyarakat Kampung Bawang dan Dewan Masyarakat Kampung Jemoreng kini dianggap projek tenat di bawah kontraktor bermasalah.

“Sepatutnya siap awal tahun 2016 tapi tidak siap sehingga kini dan kontraktor terbabit sudah diberi tempoh tiga kali tapi masih gagal,” katanya kepada Utusan Borneo semalam sejurus setelah melawat projek berkenaan.

Perkara seperti itu menurut Juanda merugikan rakyat di kawasan terbabit kerana manfaat projek tidak sampai ke peringkat akar umbi.

Tambahan pula kata Juanda, mungkin ada antara rakyat buruk sangka terhadap Barisan Nasional (BN) dan kerajaan kerana projek tidak siap seperti dijanjikan.

“Walhal, kerajaan dah sedaya upaya bantu rakyat dan kontraktor Bumiputera tempatan,” kata Juanda.

Malangnya, masih ada kontraktor bersikap sambil lewa dan mengambil enteng akan hal terbabit sedangkan ia adalah satu amanah.

Juanda berharap tarikh akhir baharu untuk projek disiapkan iaitu sehingga penghujung Januari 2017 dan tidak akan menjadi alasan bagi kontraktor untuk berdolak-dalih. - BP
Juanda Muak Janji Kontraktor Siap Projek Tenat Juanda Muak Janji Kontraktor Siap Projek Tenat Reviewed by Azmin on December 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.