Seo Services

Juruterbang Pandu Laju Punca Nahas Jet Peribadi Keluarga Osama


SEBUAH jet peribadi terhempas di Surrey yang mengorbankan tiga ahli keluarga Osama bin Laden, didapati mendarat terlalu jauh dari landasan berikutan ia dibawa dengan laju, perkara itu diputuskan oleh pasukan penyiasat nahas.

Pesawat Phenom 300 yang didaftarkan di Arab Saudi itu terhempas dekat landasan Lapangan Terbang Blackbushe, England pada 31 Julai tahun lalu.

Ia kemudiannya meletup dan terbakar di kawasan tempat letak kereta.

Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) berkata, mangsa terbunuh akibat kebakaran, selepas bahagian sayap terpisah dengan badan pesawat.

Siasatan mendapati pesawat itu dibawa 40 peratus lebih laju berbanding kelajuan yang disyorkan semasa ia hendak mendarat.

Laporan menemui keupayaan juruterbang terbabit untuk menyesuaikan diri dan mengambil maklumat baharu semasa mahu melakukan pendaratan terhalang disebabkan 'keadaan beban kerja yang sangat tinggi'.

Kesemua tiga penumpang merupakan ahli keluarga bin Laden, iaitu ibu tirinya, Raja Bashir Hashem, 75, anak perempuannya, Sana bin Laden, 53, dan seorang lagi saudara, Zouheir Anuar Hashem, 56.

Juruterbang pesawat itu merupakan warga Jordan berusia 58 tahun, Mazen Salim Alqasim. - Mail Online
Juruterbang Pandu Laju Punca Nahas Jet Peribadi Keluarga Osama Juruterbang Pandu Laju Punca Nahas Jet Peribadi Keluarga Osama Reviewed by Unknown on December 08, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.