Seo Services

Keluarga Dikejut Dentuman Kuat



KUALA TERENGGANU : Rumah dan dua kereta rosak akibat ditimpa pokok di Kampung Panji Alam di sini, hari ini.

Kejadian dipercayai ketika hujan pada 10.40 pagi tadi ketika keluarga berkenaan sedang berehat di rumah sebelum dikejutkan dengan dentuman kuat.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus Ltm (PA), Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 10.50 pagi sebelum enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di kawasan berkenaan, didapati pokok itu menghempap bahagian depan rumah serta dua kereta.

"Kita mengambil masa kira-kira empat jam untuk memotong dan mengalihkan pokok berkenaan.

"Operasi sama turut disertai Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu serta dibantu penduduk kampung.

"Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana semua mangsa berjaya menyelamatkan diri," katanya.-HM
Keluarga Dikejut Dentuman Kuat Keluarga Dikejut Dentuman Kuat Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.