Seo Services

Lelaki Maut Tersasar Ke Tanah Ketika Bungee Jumping



SEORANG lelaki menerima nasib malang apabila percubaan pertamanya untuk merasai adrenalin bermain lompatan bungee (bungee jumping) bertukar tragedi.

Menurut sebuah laman antarabangsa, Fabio Ezequiel de Moraes yang menggemari aktiviti sukan ekstrem meninggal dunia setelah melakukan lompatan itu di Sao Paolo, Brazil, baru-baru ini.

Tambah laman terbabit, insiden itu berpunca daripada tali yang sepatutnya menjadi penyelamatnya didakwa terlalu panjang menyebabkan Moraes terhentak ke permukaan tanah bukan pada tilam yang disediakan.

Insiden malang itu disaksikan sendiri oleh isteri dan dua anak Moraes.

Walau bagaimanapun, video yang tersebar itu telah diedit dan bahagian Moraes menghempap permukaan tanah telah dipadam.

Difahamkan ketinggian tempat terjunan yang dilakukan oleh Moraes berukuran 40 meter dari permukaan tanah.

Selain Moraes, anak lelakinya juga dikatakan hendak melakukan terjunam itu namun sempat dihalang gara-gara insiden yang menimpa bapanya.

Menerusi laporan daripada pelbagai laman di United Kingdom, mereka mendakwa kecuaian pihak pengurusan bungee melakukan pengiraan terhadap panjang tali yang diperlukan untuk melakukan lompatan punca kecelakaan itu terjadi.

Pihak pollis tempatan telah merampas semua peralatan yang digunakan dan menjalankan siasatan berhubung insiden yang berlaku.

Terdahulu, insiden sama turut menimpa seorang wanita ketika melakukan lompatan bungee pada 140 kaki di Korea Selatan.

Namun dia bernasib baik kerana terselamat meskipun mengalami kecederaan teruk pada bahagian leher dan kepala. – MYNEWSHUB.CC
Lelaki Maut Tersasar Ke Tanah Ketika Bungee Jumping Lelaki Maut Tersasar Ke Tanah Ketika Bungee Jumping Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.