Seo Services

Kencing, Tidur Ketika Ceroboh Restoran


KAMERA litar tertutup (CCTV) sebuah restoran di Hauppauge, Long Island, New York berjaya merakam kelibat seorang lelaki menceroboh premis itu di awal pagi.

Difahamkan kejadian itu berlaku di restoran The Sexy Salad pada 17 Disember lalu namun rakaman itu baru disebarkan.

Menerusi klip yang tersebar itu, individu lelaki itu dilihat memasuki dapur restoran itu dan menghampiri bekas dipenuhi pisang dan melahapnya dengan rakus.

Malah suspek juga difahamkan telah membuang air kencing berhampiran tong sampah yang terdapat di situ sebelum tidur di tengah-tengah dapur premis tersebut.

Menurut kenyataan laporan pihak polis tempatan, suspek melarikan diri sebelum premis itu dibuka keesokan harinya namun tercicir lesen memandu dan jamnya di dapur restoran itu.

Pemilik The Sexy Salad, John Robertson memberitahu portal ABC 7 berkata suspek memecah masuk restorannya kerana dia dalam keadaan mabuk dan kelaparan.

Walau bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan dan tiada tangkapan dilakukan berhubung kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Kencing, Tidur Ketika Ceroboh Restoran Kencing, Tidur Ketika Ceroboh Restoran Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.