Seo Services

'Koboi' Berpistol Tiruan


BUKIT MERTAJAM: Angkara mahu bergaya dengan pistol tiruan, seorang lelaki berusia 28 tahun dicekup polis ketika berbaring di tepi jalan di Taman Perpaduan, di sini, jam 9 pagi semalam.

Difahamkan, aksi lelaki yang membawa senjata tiruan itu disedari orang awam selepas melihat dia berbaring di tepi jalan di taman itu sebelum menghubungi polis.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, sebaik tiba di lokasi berkenaan, polis menemui lelaki berkenaan terbaring dengan kesan luka di kepala dan badannya.

Menurutnya, pemeriksaan susulan yang dibuat ke atas lelaki berkenaan juga menjumpai tiga pil eramin 5, satu peket lutsinar dadah syabu, sepucuk pistol tiruan bersama satu kelopak, satu pisau lipat, tiga telefon bimbit, dan cek bernilai RM8,000 di dalam beg sandang yang dipakainya.

“Selain itu, pemeriksaan pada bahagian pinggangnya juga menjumpai sepasang gari,” katanya.-HM
'Koboi' Berpistol Tiruan 'Koboi' Berpistol Tiruan   Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.