Seo Services

Kompaun maksimum RM300

Image result for JPJ
PUTRAJAYA 22 Dis. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengenakan kompaun maksimum RM300 terhadap pemandu yang melakukan semua jenis kesalahan lalu lintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sepanjang Op Jalan yang bermula di seluruh negara pada Sabtu ini.

Operasi 24 jam yang terbahagi kepada dua fasa iaitu pada 24 hing­ga 26 Disember dan 30 Disember hingga 2 Januari depan turut menumpukan beberapa kesalahan utama antaranya gagal mematuhi lampu isyarat, memotong garisan berkembar, memotong barisan serta tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar.

Dalam operasi sempena cuti perayaan Krismas dan Tahun Ba­haru itu juga, mana-mana pe­man­du yang ditahan kerana menggunakan lorong kecemasan akan didakwa di mahkamah.

Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Datuk V. Valluvan berkata, dalam tempoh operasi itu, JPJ tidak akan melayan sebarang rayuan daripada pemandu yang melakukan kesalahan.

Menurutnya, JPJ akan memastikan saman terus dikeluarkan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan dan jika perlu kende­raan boleh disita sehingga 48 jam bagi tujuan pemeriksaan teknikal mengikut Seksyen 59 APJ.

“Op Jalan menyasarkan penurunan jumlah kemalangan termasuk kematian akibat kemalangan jalan raya selain membudayakan pemanduan berhemah dan selamat oleh pengguna jalan raya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Valluvan memberitahu, operasi yang melibatkan seramai 1,500 anggota penguat kuasa itu turut melibatkan agensi lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Ujarnya, sepanjang operasi itu juga, anggota penguat kuasa akan mengadakan rondaan di lebuh raya dan jalan utama di seluruh negara dengan kenderaan akan diperiksa secara rawak.

Anggota JPJ juga kata beliau, akan ditempatkan di terminal bas bagi menjalankan pemeriksaan teknikal seperti brek dan tayar serta memastikan setiap bas yang melakukan empat jam perjalanan atau 300 kilometer mempunyai dua orang pemandu.

“Ujian air kencing turut dijalankan ke atas pemandu bas, pemeriksaan ini akan mendapat kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis.

Selain itu, anggota JPJ akan menyamar sebagai penumpang bas ekspres untuk mengesan pemandu yang melakukan kesalahan-kesalahan di bawah APJ,” katanya.

Valluvan menjelaskan, strategi penyamaran itu juga dilaksanakan di lokasi yang kerap berlakunya kesalahan lalu lintas dalam kalangan pemandu, yang mana anggota JPJ akan mengambil gambar kenderaan yang melakukan kesalahan dan seterusnya notis akan dikeluarkan.

“Operasi turut tertumpu kepada aspek penguatkuasaan motosikal di laluan utama memandangkan 60 peratus kemalangan adalah melibatkan motosikal. Op Jalan akan terus dilaksanakan pada setiap musim cuti berban­ding operasi sebelum ini yang hanya dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina,” tambahnya.  - Utusan
Kompaun maksimum RM300 Kompaun maksimum RM300 Reviewed by Azmin on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.