Seo Services

Sedarkah Masyarakat Tentang Khidmat Guaman Percuma?



Dari hasil kajian rambang di Sarawak, masih ramai yang tidak mengetahui tentang khidmat guaman percuma. Mungkin kerana tidak peka dengan maklumat yang sedia ada menyebabkan kekurangan pengetahuan tentang khidmat tersebut.

Terdapat berbagai pendapat daripada masyarakat kenapa mereka masih tidak mengetahui maklumat berkenaan guaman. Ada yang mengatakan bahawa selagi mereka tidak terlibat dengan kes-kes tertentu, mereka tidak pernah ambil peduli hal berkenaan.

Sikap sebegini memang sudah lali dengan masyarakat kerana selagi belum terhantuk, selagi itu belum terngadah. Walhal perkara tersebut kerana masyarakat sepatutnya menjadi penyebar maklumat yang sahih kepada masyarakat sekeliling.

Pernah berlaku suatu ketika dahulu melalui pengalaman seorang individu yang tidak mahu identitinya didedah. Beliau pernah menghadapi pendakwaan kes tertentu dan beliau terpaksa akur keputusan mahkamah tanpa sebarang pembelaan daripada seorang peguam.

Setelah menerima hukuman baru beliau mengetahui bahawa Malaysia memiliki khidmat guaman secara percuma melalui Biro Guaman yang disediakan oleh kerajaan. Sehingga ke hari ini beliau rasa terkilan kerana tidak mendapat maklumat lebih awal.

Sepatutnya masyarakat peka dengan maklumat dan dikongsi seterusnya agar seluruh masyarakat mengetahui apa hak mereka jika disabitkan tindakan undang-undang. Oleh itu perlunya masyarakat lebih peka dengan maklumat terkini yang sahih dan jangan terlalu asyik ditaburi politik sepanjang masa.-Sarawakiana
Sedarkah Masyarakat Tentang Khidmat Guaman Percuma? Sedarkah Masyarakat Tentang Khidmat Guaman Percuma? Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.