Seo Services

Video: Penampakan Pontianak Atas Bumbung Kereta


Menyeramkan…Satu makhluk yang dipercayai pontianak telah dapat dirakam sedang duduk diatas bumbung sebuah kereta berwarna biru oleh pemandu kenderaan lain dipercayai di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Video tersebut dimuat naik di laman sosial sejak semalam dan menjadi viral apabila ‘gelagat’ makhluk itu jelas kelihatan berada di atas bumbung kereta dengan rambut hitam mengurai.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, kelihatan sebuah kereta dipercayai jenis Toyota wish melalui laluan yang gelap sambil diekori oleh pemandu yang merakam kejadian itu.

Pada awal video tersebut kelihatan sesuatu yang tercampak dan bergolek dipercayai kucing dari bawah kenderaan tersebut.

Individu yang merakam video tersebut terus mengekori kereta itu dan terkejut melihat mahkluk yang dipercayai pontianak di atas bumbung.

Penampakan mahkluk tersebut hanya jelas kelihatan ketika kereta melalui kawasan bercahaya dan lampu terang.

Memang jelas kelihatan ada makhluk di atas bumbung tersebut namun netizen mempersoalkan penampakan tersebut kerana kenderaan itu mempunyai bumbung tembus cahaya atau sunroof.

Bukan penampakan makhluk yang dibincangkan netizen tetapi tindakan melanggar anak kucing oleh pemandu kereta berwarna biru menjadi perbualan hangat.

Ada netizen juga yang menganggap mahkluk yang berada di atas bumbung bukanlah hantu tetapi penumpang di dalam kenderaan yang berdiri dengan pembukaan sunroof.

Dikatakan, penumpang kereta biru tersebut mengintai keluar melalui sunroof selepas melanggar anak kucing malang itu.

“Orang itu mengintai cari langgar benda tadi, Kot lah, berfikir positif,” tulis Sang.

“Masa mula-mula video pun gelap. Asal benda tu dok tepi-tepi, tak takut jatuh ker?,” tulis Ekin menerusi Twitternya.

Namun, ini hanyalah sekadar perkongsian, kesahihan dan kebenaran disebalik paparan cerita tidak dapat dipastikan. -MYNEWSHUB.CC

Video: Penampakan Pontianak Atas Bumbung Kereta Video: Penampakan Pontianak Atas Bumbung Kereta Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.