MIRI : Untuk memperolehi peralihan kuasa daripada Kerajaan Pusat, pendekatan secara rundingan lebih realistik dan tidak perlukan konfrontasi.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menjelaskan walaupun tekanan yang diberikan oleh pihak pembangkang untuk menggunakan konfrontasi tetapi kerajaan negeri tetap berpendirian teguh untuk menggunakan cara rundingan.
"Saya tetap tidak dan tidak akan percayakan konfrontasi walaupun desakan pembangkang untuk berbuat demikian bagi berhadapan dengan kerajaan pusat.
"Saya akan berdepan dengan pusat secara rundingan kerana kedua-dua pemimpin daripada parti komponen yang sama," kata Adenan pada.Majlis Perasmian Lapan Pakej Pan Borneo yang disempunakan oleh Perdana Menteri di sini semalam.
Adenan memberitahu, untuk mendapat kembali kuasa dalam beberapa bidang, kerajaan pusat bersetuju membincang perkara tersebut dengan kerajaan negeri.
"Beberapa kemajuan telah dibuat dan memerlukan masa untuk mencapai keseluruhannya.
"Oleh itu kita tidak perlukan konfrontasi untuk berhadapan dengan kerajaan pusat bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan," ujarnya.
Adenan turut berterima kasih kepada Najib kerana membawa banyak projek pembangunan ke Sarawak dan sokongan rakyat diperlukan agar lebih banyak lagi projek berfaedah untuk rakyat mengalir ke Sarawak.-Sarawakiana
Konfrontasi Bukan Jalan Dapatkan Kuasa - Adenan
Reviewed by Unknown
on
December 19, 2016
Rating:
No comments: