Seo Services

Lelaki Bikin Kecoh, Datang ‘Airport’ Separuh Bogel

Lelaki Kejutkan Ramai, Masuk Lapangan Terbang Separuh Bogel
MENGEJUTKAN… Seorang penumpang sebuah pesawat telah datang ke sebuah lapangan terbang untuk mendaftar masuk dalam keadaan hampir bogel, dengan hanya memakai seluar dalam.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai terpinga-pinga dan tidak menyangka lelaki itu, Greig Bannatyne boleh berpakaian seperti itu di sebuah lapangan terbang di Malawi.

Menurut Greig, dia dan rakan sepasukannya dari Mad Swimmers berada di negara Afrika itu untuk mengambil bahagian dalam pertandingan berenang merentasi Tasik Malawi.

Hanya selepas bas tiba untuk membawa pasukan tersebut menaiki pesawat untuk pulang ke rumah mereka di Johannesburg, barulah Greig menyedari bahawa dia tidak mempunyai baju untuk disarungkan ke badannya.

Rakan-rakannya pula kemudian mencabar Greig untuk terbang dengan hanya berseluar dalam dan mereka juga sanggup kutip wang dalam cabaran terbabit, yang dikumpulkan untuk didermakan kepada badan kebajikan.

“Kami menaiki bas selama 4 jam dan tiba di lapangan terbang. Setibanya di situ, pengawal keselamatan tidak benar saya masuk dalam keadaan itu tetapi selepas memaklumkan kepadanya ia bagi tujuan kebajikan, mereka akhirnya beri kebenaran.

“Ramai yang tersenyum dan ada yang menggelengkan kepala malahan kakitangan penerbangan turut ketawa,’’ katanya.

Greig menerima reaksi pelbagai daripada orang ramai. Dia bagaimanapun diminta memakai baju sebelum dibenarkan masuk dalam pesawat.

Sebanyak £2,000 (kira-kira RM11,000) berjaya dikumpulkan oleh Greig dalam aksi separuh bogel yang tidak dirancangnya itu. – Mynewshub.cc
Lelaki Bikin Kecoh, Datang ‘Airport’ Separuh Bogel Lelaki Bikin Kecoh, Datang ‘Airport’ Separuh Bogel Reviewed by Azmin on December 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.