Seo Services

Wanita Cuba Bakar Bilik BF Terpaksa Diselamatkan

Wanita Cuba Bakar Bilik Kekasih Terpaksa Diselamatkan Bomba
BALASAN sekelip mata… Seorang wanita yang cuba bakar bilik teman lelakinya selepas mereka bertengkar, terpaksa diselamatkan oleh bomba selepas dia sendiri terperangkap di dalam bilik itu.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Xie dan berasal dari Taizhou, China itu, kini berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan di bahagian paru-paru.

Menurut media tempatan, ketika diselamatkan, dia berada dalam keadaan koma akibat terhidu asap dan mangsa terpaksa dimasukkan ke unit kecemasan di sebuah hospital

Pihak bomba juga terpaksa menggunakan pemotong besi untuk membuka pintu di lokasi kebakaran.

Menurut laporan media, Xie cuba membakar tilam di dalam bilik kekasihnya, namun api marak dengan cepat ketika dia cuba memadamkan kebakaran itu.

Meskipun rakan-rakannya cuba memecah masuk ke dalam rumah itu, tetapi mereka gagal hingga memaksa bomba dipanggil ke lokasi berkenaan.

Setakat ini tidak diketahui sama ada wanita itu akan didakwa kerana menyebabkan kebakaran atau tidak. Kes masih dalam siasatan. – Mynewshub.cc
Wanita Cuba Bakar Bilik BF Terpaksa Diselamatkan Wanita Cuba Bakar Bilik BF Terpaksa Diselamatkan Reviewed by Azmin on December 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.