Seo Services

Lelaki marah anak Trump diusir dari pesawat

Image result for ivanka trump
NEW YORK: Seorang penumpang pesawat JetBlue, yang dilaporkan media dan saksi meluahkan kemarahan kerana ternampak kelibat Ivanka Trump dalam pesawat dinaikinya, diarah keluar dari pesawat oleh syarikat penerbangan. 

JetBlue Airways Corp mengesahkan perkara itu dalam kenyataannya bahawa seorang penumpang diusir daripada pesawat yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York, tetapi tidak memberikan butiran lanjut mengenai kejadian itu. 

Seorang lagi penumpang, Marc Scheff, berkata apabila lelaki berkenaan ternampak anak presiden dilantik, Donald Trump, dia "memandang lama ke arah wanita itu" dan berkata "Oh Tuhan. Ini mimpi ngeri!" 

"Keputusan mengusir pelanggan bukan diambil secara mudah. 

Dalam hal ini, pasukan kami berusaha mendapatkan pesawat lain untuk penumpang berkenaan," kata JetBlue dalam satu kenyataan bertulis. 

Seorang pengguna Twitter yang dipetik TMZ, Matthew Lasner, berkata suaminya terserempak dengan Ivanka dan suaminya, Jared Kushner, di lapangan terbang. 

"Ivanka dan Jared di JFK T5, menaiki pesawat komersial. 

Suami saya mengejar untuk memarahi mereka," tulis Matthew Lasner (@mattlasner) dalam tweet yang kemudian dipadamkan.

Lasner, profesor di Kolej Hunter di New York, tidak memberi reaksi kepada permintaan mendapatkan ulasan mengenai akaun Twitter yang sejak itu dipadamkan, atau kepada mesej yang ditinggalkan di pejabat atau dihantar ke akaun Facebook. 

Scheff yang duduk di barisan di depan tempat duduk Ivanka dalam penerbangan itu yang dijadualkan berlepas dari San Francisco, berkata penumpang terbabit kemudian diusir. 

"Beliau mula menggeletar," katanya. Scheff, 40, menambah selepas kakitangan JetBlue mendekati lelaki berkenaan untuk memastikan dia tenang, penumpang itu berkata, "Mereka memusnahkan negara kita, kini cuba memusnahkan pesawat kita." 

Scheff berkata, penumpang itu "jelas gelisah" tetapi tidak "menjerit atau menengking". 

Ivanka Trump dalam perjalanan untuk bercuti dengan keluarganya di Hawaii, menurut laporan ABC News mengenai kejadian itu. - Reuters

Lelaki marah anak Trump diusir dari pesawat Lelaki marah anak Trump diusir dari pesawat Reviewed by Azmin on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.