Seo Services

Pau Ayam Panggang Comel Sangat Bikin Ramai Geram!


ALAHAI comelnya!!! Melihat gambarnya pun sudah membuatkan ramai geram dan tak sabar-sabar ingin mencubanya bukan?

Namun, jangan salah sangka pula ini bukanlah ayam panggang sebaliknya hanyalah sejenis pau semata-mata.

Memang kreatif sungguh, hinggakan pau ini langsung tidak ubah seperti ayam panggang bersaiz comel.

Dek kerana itu itu, pau ayam panggang ini mencuri tumpuan netizen hinggakan menjadi viral di media sosial.

Pendek kata, yang pelik-pelik dan unik-unik memang cepat mendapat perhatian.

Difahamkan, pau ini adalah ciptaan baharu tahun 2017 daripada pengusaha yang sama dengan pau cendawan iaitu Pau Hasan.

Jika pau cendawan viral diperbuat daripada carbonara dan ayam, pau ayam panggang pula menggunakan ramuan lada hitam, ayam dan bawang.

Bagi yang ingin mencuba makanan viral ini, boleh dapatkan dari Pau Hassan di Putrajaya seperti diviral sebelum ini. Harganya pula tiga biji, RM10. – MYNEWSHUB.CC
Pau Ayam Panggang Comel Sangat Bikin Ramai Geram! Pau Ayam Panggang Comel Sangat Bikin Ramai Geram! Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.