Seo Services

Seksa, Sejuk Melampau Di Kem Pelarian Syria



SYRIA: Pelarian kem tahanan di Syria kini berdepan dengan cuaca sejuk melampau yang berpotensi mengancam nyawa khusus kepada si kecil.

Keadaan memilukan itu direkodkan dan didedahkan menerusi laman Facebook, AJ+.

Dalam video berdurasi satu minit 19 saat itu, netizen didedahkan dengan kesusahan warga tua dan kanak-kanak yang terpaksa mengharungi musim sejuk tanpa baju tebal dan selimut.

Seorang penduduk yang tidak dinamakan berkata, ramai antara mereka meninggalkan rumah dengan keadaan sehelai sepinggang sewaktu peperangan dan ramai antara mereka tidak mempunyai baju yang mencukupi untuk berdepan musim sejuk.

“Seperti yang anda lihat, salji dan musim sejuk sedang melanda namun kami tidak ada sumber haba,tidak ada selimut dan baju tebal yang boleh memanaskan tubuh kami.

“Kami memang tidak ada apa-apa,” katanya seperti yang dipetik menerusi video tersebut.

Seorang lagi penduduk yang juga tidak dinamakan berkata, ada kanak-kanak yang kini dalam keadaan genting akibat terlalu sejuk.

“Kanak-kanak di sini tidak dapat bertahan dengan musim sejuk sebegini. Kami perlukan pertolongan, tolonglah bantu kami jika anda boleh bantu,” rayunya.

Difahamkan, khemah yang digunakan untuk menempatkan setiap keluarga gagal memberikan kehangatan yang selesa buat mereka.

Malah, pelarian Syria mendakwa, mereka masih tidak dapat lena di malam hari akibat terlalu sejuk.
Seksa, Sejuk Melampau Di Kem Pelarian Syria Seksa, Sejuk Melampau Di Kem Pelarian Syria Reviewed by uMieySurianie on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.