Seo Services

Majlis Keselamatan PBB: Malaysia laksana pelbagai inisiatif penting

PUTRAJAYA: Malaysia melaksanakan beberapa inisiatif penting sepanjang menjadi ahli tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selama dua tahun bermula tahun lalu. 

Wisma Putra memaklumkan, antara inisiatif berkenaan termasuk melindungi kanak-kanak daripada penculikan dalam situasi konflik bersenjata, ketakcambahan senjata pemusnah besar-besaran kepada pelaku bukan negara, isu Palestin, pembinaan keamanan di negara pasca konflik dan kesan pelbagai perubahan iklim terhadap keamanan serta keselamatan antarabangsa.

"Malaysia amat berpuas hati apabila inisiatif negara ini diterima baik semua pihak sama ada di dalam atau di luar PBB.

"Kerjasama diberikan semua pihak ini membantu Malaysia melaksanakan tanggungjawabnya di Majlis Keselamatan PBB dengan cemerlang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Wisma Putra berkata, sempena berakhirnya keanggotaan Malaysia sebagai ahli tetap PBB, satu majlis resepsi diadakan di pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB di New York, semalam, yang dihoskan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. 

"Majlis berkenaan diadakan untuk menyatakan penghargaan Malaysia kepada wakil anggota Majlis Keselamatan PBB, negara anggota PBB, Sekretariat PBB, pertubuhan antarabangsa, pertubuhan masyarakat madani dan pertubuhan bukan kerajaan atas kerjasama erat dan sokongan mereka kepada Malaysia sepanjang tempoh dua tahun ini," katanya.

Majlis Keselamatan PBB: Malaysia laksana pelbagai inisiatif penting Majlis Keselamatan PBB: Malaysia laksana pelbagai inisiatif penting Reviewed by Azmin on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.