Seo Services

Wanita Malaysia Koma Di Turki Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Sharipah Saadah Mohamed, rakyat Malaysia yang koma akibat serangan darah tinggi di Turki baru-baru ini, meninggal dunia di Hospital Bursa Turki awal pagi Jumaat.

Perkara itu disahkan adiknya, Jawahiril Kamaliah Mohamad, 55, ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

"Kakak saya (Sharipah) meninggal dunia pada 3.30 pagi tadi waktu Turki (waktu tempatan 8.30 pagi) kerana mengalami pendarahan otak.

"Urusan pengebumian Allahyarham akan diuruskan oleh pihak hospital Bursa, Turki bersama ahli keluarga serta akan dikebumikan di sana," katanya.

Jawahiril Kamaliah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat memberi sumbangan bagi membantu menanggung kos perubatan kakaknya di Turki sebelum ini.

Pada 10 Disember lepas, Sharipah Saadah, 57, mengalami pendarahan otak ketika melancong di Turki bersama suaminya Haron Mohd Salleh.-mStar
Wanita Malaysia Koma Di Turki Meninggal Dunia Wanita Malaysia Koma Di Turki Meninggal Dunia Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.