Seo Services

Masa Untuk Amalkan Nilai Murni Ajaran Agama - PM





KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu sambutan sesuatu perayaan dalam apa juga kepercayaan agama menjadi faktor 'pengikat' kepada perhubungan antara kaum di negara ini.

Dalam perutusan Hari Krismas, Perdana Menteri berkata, beliau berharap perayaan Krismas esok juga menjadi hari yang dapat mengumpulkan seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan dari seluruh negara.

"Sekarang adalah masa untuk kita memikirkan nilai yang didukung agama Kristian dan agama besar yang lain. Saling menghormati, toleransi antara satu sama lain dan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

"Semua ini adalah nilai yang mengikat kita dalam negara yang dipenuhi kepelbagaian dan kemeriahan untuk diraikan bersama.

"Kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam atau luar negara, saya ucapkan kepada Selamat Hari Krismas kepada anda dan insan yang anda sayangi," katanya dalam blognya, hari ini.-BH
Masa Untuk Amalkan Nilai Murni Ajaran Agama - PM Masa Untuk Amalkan Nilai Murni Ajaran Agama - PM Reviewed by Unknown on December 24, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.