Seo Services

Shila Amzah Rangkul Tiga Trofi Di Anugerah Radio China



PENYANYI yang bertapak di China, Shila Amzah sekali lagi melakar sejarah indah dalam kerjaya seninya apabila berjaya membawa pulang tiga trofi dalam majlis anugerah Music Pioneer Awards, carta 24 stesen radio utama di China, Hong Kong dan Taiwan, baru-baru ini.

Dalam anugerah yang berlangsung di Guangzhou, China itu, Shila memenangi kategori lagu 10 teratas (Hong Kong dan Taiwan), lima artis paling popular dan penyanyi wanita terbaik (Hong Kong dan Taiwan).

Kemenangan itu dikongsi Shila menerusi laman Instagramnya.

“Terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, pihak pengurusan di HK dan KL, Shilala HK PTE LTD, terima kasih semua peminat yang menyokong dan mengundi,” tulisnya.

Shila mendapat lebih sejuta undian untuk muncul artis wanita paling popular, mengalahkan penyanyi ternama seperti Fiona Sit, Joey Yung, Joyce Cheng, Bibi Zhou, Kit Chan dan He Jie.

Pada majlis itu, Shila membawakan lagu ‘Say You Love Me Then’ daripada album mandarin berjudul My Journey.

Tahniah diucapkan kepada Shila dan semoga maju jaya. – MYNEWSHUB.CC
Shila Amzah Rangkul Tiga Trofi Di Anugerah Radio China Shila Amzah Rangkul Tiga Trofi Di Anugerah Radio China Reviewed by Unknown on December 24, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.