Seo Services

Masalah Pintu Punca Patah Balik


PUTRAJAYA: Pesawat Malaysia Airlines MH1 dari Heathrow, London ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik susulan masalah teknikal pada pintu malam tadi.

Malaysia Airlines dalam kenyataannya berkata, masalah teknikal itu dikesan semasa pesawat Airbus A380 berkenaan dalam penerbangan di ruang udara Jerman.

"Bagaimanapun, bunyi bising dan gegaran pada pintu berkenaan tidak mendatangkan risiko besar.

"Pesawat berkenaan mendarat di London dan melalui pemeriksaan jurutera serta kakitangan teknikal Airbus," katanya.

Selain itu, keputusan kapten juruterbang untuk berpatah balik ke London adalah mengambil kira kepada keselamatan penumpang.-myMetro
Masalah Pintu Punca Patah Balik Masalah Pintu Punca Patah Balik Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.