Seo Services

Maut Ditanduk Kerbau


PASIR MAS: Warga emas maut ditanduk kerbau peliharaannya di Kampung Kubang Pak Itam, di sini, 3 petang semalam.

Mangsa, Mat Usop Che Ya, 65, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di leher.

Mayat dibawa ke Hospital Pasir Mas sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Isteri mangsa, Fatimah Ibrahim, 57, berkata, suaminya keluar menangkap kerbau yang dipercayai agresif itu untuk dijual, 10 pagi semalam.

"Saya menerima panggilan telefon 3.30 petang oleh penduduk kampung yang memberitahu kejadian yang menimpa suami saya.

"Saya terus ke tempat kejadian dalam jarak tujuh kilometer dari rumah dengan anak lelaki, Ismail Mat Usop, 37, dan mendapati suami saya sudah tiada.

"Arwah mengalami pendarahan yang teruk di bahagian leher dan kepala kerana dipercayai ditanduk kerbau," katanya.-myMetro
Maut Ditanduk Kerbau Maut Ditanduk Kerbau Reviewed by Unknown on December 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.