KUCHING: Mayat lelaki lemas warga India dijumpai lima meter daripada lokasi mangsa dilaporkan terjatuh di Jeti Sin Seng, Bintawa malam tadi.
Mangsa, Himanshu Singh,22, berasal dari Uttar Pradesh, India ditemui sekitar jam 11.12 pagi tadi.
Menurut jurucakap bomba, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Komander operasi melaporkan mangsa telah berjaya dijumpai lima meter daripada lokasi mangsa dilaporkan terjatuh," katanya.
Difahamkan, mangsa yang merupakan pekerja kapal jatuh ke sungai semasa menjalankan kerja di atas kapal menangkut pasir.-Sarawakiana
Mayat Mangsa Lemas Warga India Ditemui
Reviewed by Unknown
on
December 09, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 09, 2016
Rating:

No comments: