Seo Services

NCR: Adenan Jumpa Pemimpin Dayak Lepas Cuti Tahun Baru


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan mengadakan mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin Dayak selepas cuti Tahun Baru.

Mesyuarat itu adalah berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap 'pemakai menoa' dan 'pulau galau' baru-baru ini membabitkan kes Tuai Rumah Sandah Tabau dan lapan pemilik NCR lain di Kanowit.

Keputusan mahkamah pada Selasa lepas mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat terutama Dayak.

Bagaimanapun, kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri hari ini, tidak menyatakan tarikh yang spesifik.

Adenan pada masa ini berada di Australia.

Mahkamah Persekutuan memutuskan ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’ merupakan adat dan amalan tetapi tidak termaktub dalam undang-undang.

Keputusan itu sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang sebelum itu mengiktiraf ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’ sebagai sebahagian daripada tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).-UB
NCR: Adenan Jumpa Pemimpin Dayak Lepas Cuti Tahun Baru NCR: Adenan Jumpa Pemimpin Dayak Lepas Cuti Tahun Baru Reviewed by Unknown on December 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.