Seo Services

Penyanyi George Michael Meninggal Dunia


LONDON: Penyanyi pop George Michael, yang terkenal pada tahun 1980an bersama kumpulan Wham! dan kemudiannya meneruskan karier sebagai artis solo meninggal dunia pada Ahad di rumahnya di England.

Dia berusia 53 tahun.

"Ia adalah amat menyedihkan untuk mengesahkan bahawa anak kesayangan kami, abang dan rakan George telah meninggal dunia di rumah ketika perayaan Krismas," kata jurucakapnya menerusi kenyataan.

"Keluarga meminta privasi mereka dihormati pada masa sukar seperti ini. Tiada lagi komen pada peringkat ini," kata kenyataan itu lagi.
Dilahirkan dengan nama Georgios Kyriacos Panayiotou, dia pernah bermain muzik di sistem kereta api bawah tanah London sebelum membentuk Wham! bersama Andrew Ridgeley pada tahun 1981.

Dia meninggal dunia dengan tenang di rumahnya di Oxfordshire, England, pada Hari Krismas. -Reuters
Penyanyi George Michael Meninggal Dunia Penyanyi George Michael Meninggal Dunia Reviewed by Unknown on December 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.