GERIK: Pekerja farmasi cemas apabila berlaku tumpahan raksa dari termometer di tempat kerjanya di bandar ini, malam tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gerik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.41 malam berhubung kejadian itu namun tidak membabitkan mangsa.
Katanya, anggota yang tiba di lokasi kejadian melakukan pengawasan di kawasan sekitar dan menjalankan pembersihan.
"Anggota melakukan pembersihan dengan menaburkan sulfur bagi membolehkan raksa berkenaan diserap sepenuhnya sulfur yang ditaburkan.
"Sulfur yang bercampur raksa berkenaan kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik khas dan lantai dibilas dengan pencuci peluntur," katanya.
Beliau berkata, selepas memastikan kawasan berkenaan bersih daripda raksa anggota terbabit melakukan pembersihan sekali lagi dan operasi ditamatkan pada 10.06 malam.
Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Razman Ariffin.-myMetro
Pekerja Farmasi Cemas, Raksa Tertumpah
Reviewed by Unknown
on
December 28, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 28, 2016
Rating:

No comments: