Seo Services

Penggempur Utama Sarawak Terus Dicari



KUCHING: Sarawak akan menguji beberapa pemain import untuk mencari penggempur utama bagi saingan Liga Malaysia 2017.

Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop berkata, selepas penggempur tersebut dikenalpasti, beberapa perlawanan persahabatan dengan skuad tempatan akan diadakan bagi menguji skuad baharu.

“Fokus utama saya ketika ini untuk mencari penyerang utama bagi melengkapkan skuad kita.

"Sebaik lengkap sepenuhnya baharulah saya memikirkan perlawanan persahabatan untuk mengukur kemampuan sebenar skuad Sarawak musim baharu ini,” katanya.

Kempen Liga Super 2017 akan disingkapkan tirainya pada 20 Januari depan.

Dalam perkembangan lain, David turut memuji aksi pemain-pemain muda semasa jelajah pramusim di Australia baru-baru ini.

Menurutnya lagi, rata-rata pemain khususnya yang baharu diserapkan dalam skuad senior telah menampilkan persembahan meyakinkan sepanjang jelajah tersebut.

“Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan jelajah pramusim kita di Australia… lebih-lebih lagi aksi-aksi hebat yang ditunjukkan oleh barisan pemain muda.

“Mereka telah menunjukkan keyakinan yang amat tinggi dan bersedia untuk bermain dalam kancah kejohanan berprestij,” ujarnya.

David berkata, persembahan dua jentera import baharu iaitu Mark Andrew Hartman dan Lee Jong Ho juga tidak mengecewakan setelah kedua-dua pemain terbabit menunjukkan kemampuan sebenar mereka.

Bagaimanapun, David akui kedua-dua pemain yang baharu menandatangani kontrak bersama pasukan Sarawak itu memerlukan lebih banyak masa untuk memantapkan keserasian di posisi serangan.

“Mark dan Lee bermain dengan baik dan mereka telah menunjukkan keserasian yang baik dalam merangka serangan ampuh,” jelasnya.-Sarawakiana

Penggempur Utama Sarawak Terus Dicari Penggempur Utama Sarawak Terus Dicari Reviewed by Unknown on December 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.