Seo Services

Pentagon Pertahan Projek Air Force One Baharu

WASHINGTON: Jabatan Pertahanan Negara mempertahankan program penggantian Air Force One, pesawat khas untuk Presiden Amerika Syarikat (AS), sehari selepas bakal Presiden, Donald Trump menyifatkan kosnya sebagai ‘tidak munasabah’.

Boeing sehingga ini dilaporkan sudah menerima AS$170 juta bagi kontrak menyediakan bidang kerja dan keperluan untuk menggantikan pesawat Air Force One sedia ada iaitu dua pesawat – satu untuk Presiden dan satu pesawat simpanan.

Semalam, Trump berkata Boeing membelanjakan AS$4 bilion untuk pesawat baharu berkenaan dan mahu pemberian kontrak itu dibatalkan.

Mengikut anggaran Trump, pembuatan sepasang pesawat 747-8 Jumbo serta pusat kawalan menjelang tahun 2024 itu mencecah harga AS$3 bilion dengan kosnya boleh meningkat lagi jika berlaku kelewatan.

Namun jucakap Pentagon, Kapten Tentera Laut Jeff Davis menjelaskan mengenai kesukaran mengenai projek berkenaan dan mencadangkan ia bukannya sesuatu yang mudah bagi Boeing.

“Ia seperti mahal, namun kamu kena ingat, ia pembuatan sistem dalam sistem, ia pesawat yang canggih dan ia bukan semata-mata memerlukan Boeing saja.

“Ini adalah sistem (pesawat) yang memerlukan banyak syarikat berbeza yang menawarkan sistem untuknya. Kami amat tidak tahu apakah harga yang sebenar,” katanya.

Selain penyediaan pusat kawalan untuk presiden, pesawat Air Force One sarat dengan kewibawaan pertahanan moden, teknologi peluru berpandu terkini dan medan komunikasi, katanya. – AFP

Pentagon Pertahan Projek Air Force One Baharu Pentagon Pertahan Projek Air Force One Baharu Reviewed by Admin on December 08, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.