KUCHING: Seorang penunggang motosikal berusia 21 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di persimpangan Batu 10 pagi tadi.
Memetik laporan sarawakvoice.com, Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, ASP Mathew Manggie berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi ketika mangsa dikatakan sedang bergerak lurus dari arah Batu 10 menuju ke Serian.
Ketika tiba di persimpangan tersebut, sebuah kenderaan Perodua Axia tiba-tiba keluar simpang lalu melanggar mangsa.
"Akibat pelanggaran tersebut, mangsa terpelanting dan maut serta-merta," katanya.
Mangsa yang menunggang Yamaha 125ZR dikenalpasti sebagai Mohd Zainul Iqbal dari Kampung Jawa Semenggok.
Menurut Mathew, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Sarawakiana
Penunggang Motosikal Maut Kemalangan Di Simpang Batu 10
Reviewed by Unknown
on
December 27, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 27, 2016
Rating:

No comments: