Seo Services

Perniagaan 'Food Truck' Mampu Lonjak Ekonomi Usahawan Di Kuching


KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yakin perniagaan 'food truck' dan 'food chart' mampu melonjakkan ekonomi masyarakat terutama usahawan baharu di bandar raya ini.

Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai berkata, konsep perniagaan tersebut juga lebih teratur dan kemas.

"Kita mementingkan keselamatan dimana kita tidak mahu berlakunya kejadian seperti kebakaran dalam lori sekiranya peniaga tidak mematuhi syarat-syarat perniagaan ini.

"Perniagaan seperti ini lebih bersih dan selesa, jadi pihak DBKU lebih mementingkan aspek kebersihan dan tidak mahu peniaga sesuka hati membuang air basuhan ataupun minyak terpakai ke dalam longkang kerana ianya boleh menjejaskan tempat berkenaan," katanya.

Menurutnya, DBKU menyokong dalam meneruskan usaha murni bagi menyampaikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti terhadap sosio-ekonomi Bandaraya Kuching selaras dengan konsep Kuching Bersih, Cantik dan Selamat (CBS) 2017 selaras dengan misi DBKU itu sendiri.

Beliau menambah, lokasi operasi yang dibenarkan bagi Food Truck ialah Sukma Ria, Jalan Haji Taha, hadapan Pejabat DBKU Satok, Esplanade Kuching, bawah Jejambat Satok, Riveredge, hadapan Plaza Astana dan hadapan RHB Bank dengan kadar caj sebanyak RM 300.00 dikenakan setahun.-Sarawakiana


Perniagaan 'Food Truck' Mampu Lonjak Ekonomi Usahawan Di Kuching Perniagaan 'Food Truck' Mampu Lonjak Ekonomi Usahawan Di Kuching Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.