Seo Services

Bouncer Didakwa Bunuh Remaja


KOTA KINABALU: Seorang penjaga sebuah pusat hiburan atau bouncer dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang remaja minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Azmin Lidin, 28, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Azmin dari Kampung Cenderamata Likas didakwa telah membunuh Yaacob Nasran, 18, di Siam Thai Bar, Jalan Asia City di sini antara pukul 3.30 pagi hingga 4.30 pagi pada 15 Disember lalu.

Pegawai pendakwa, Inspektor P. Nathan mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tertuduh pula diwakili peguam, Datuk Rakhbir Singh.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menetapkan 7 Februari depan untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan. - UTUSAN ONLINE
Bouncer Didakwa Bunuh Remaja Bouncer Didakwa Bunuh Remaja Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.