Seo Services

Isi Borang Balik Kampung Sebelum Pulang Bercuti - Polis Miri

MIRI, 22 Dis (Bernama) -- Orang ramai yang bercuti atau balik kampung semasa cuti panjang bersempena sambutan Krismas pada Ahad ini dinasihatkan supaya memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata orang awam yang bercuti serta meninggalkan rumah tanpa berpenghuni boleh memberi maklumat kepada polis dengan mengisi 'Borang Balik Kampung.'

"Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi 085-433400 dan 085-433730," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khoo berkata 'Borang Balik Kampung' boleh didapati di balai berhampiran kawasan perumahan dan diisi secara manual.

Rakyat Malaysia akan bercuti panjang sehingga Isnin memandangkan cuti umum perayaan hari Krismas jatuh pada hari Ahad.

Berikutan cuti persekolahan masih lagi tinggal seminggu, ramai ibu bapa mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga di kampung halaman masing-masing.-- BERNAMA
Isi Borang Balik Kampung Sebelum Pulang Bercuti - Polis Miri Isi Borang Balik Kampung Sebelum Pulang Bercuti - Polis Miri Reviewed by Admin on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.