Seo Services

Pengantin Diseret Kerana ‘Gila’ Game Online


Gara-gara tidak mahu meninggalkan permainan video dalam talian League Of Legends, seorang pengantin perempuan di China terpaksa diseret bagi menghadiri majlis perkahwinannya sendiri.

Kejadian tersebut berjaya dirakam dan dimuat naik dalam media sosial di China sekaligus menjadi viral susulan tindakan pelik wanita tersebut.

Dalam video tersebut memaparkan wanita yang lengkap berpakaian pengantin dan mekap berada di sebuah pusat komputer sedang ‘bertarung’ pada saat genting permainan itu.

The Sun melaporkan, bakal suami, keluarga mertua dan iparnya berada di pusat komputer tersebut dan memujuknya untuk ke majlis perkahwinannya.

Namun, wanita tersebut hanya berkata ‘tunggu seminit’ dan enggan berganjak dari hadapan komputer itu.

Seorang wanita di dalam video itu yang dipercayai bakal ibu mertuanya menjerit: “Cepat lah, kita kena pergi ni”.

Namun, tidak lama selepas itu, bakal suami wanita berkenaan ditampar oleh ayahnya yang berkata: “Apa masalah kamu ini? Isteri sendiri pun tidak boleh kawal. Sekarang, tarik dia keluar”.

Walaupun dipujuk bakal suaminya, wanita tersebut tidak menghiraukan dan terus fokus dengan permainan dalam talian itu.

“Saya merayu, tolong ikut saya,” katanya.

Video tersebut diakhiri dengan pengantin perempuan tersebut ditarik keluar oleh bakal suami dan dua lelaki.

Bagaimanapun, netizen di China menganggap video tersebut adalah lakonan semata-mata. -MYNEWSHUB.CC
Pengantin Diseret Kerana ‘Gila’ Game Online Pengantin Diseret Kerana ‘Gila’ Game Online Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.