Seo Services

Pesawat Tu-154 Russia Hilang


MOSCOW: Pesawat tentera Russia, Tu-154, yang membawa 91 orang dilaporkan hilang daripada radar sejurus berlepas dari bandar raya Sochi di selatan negara itu.

Sumber Kementerian Kecemasan memberitahu agensi berita RIA Novosti, pesawat membawa 83 penumpang dan lapan kru itu hilang ketika terbang di ruang udara Laut Hitam.

Wartawan, kakitangan tentera dan pemuzik Alexandrov Ensemble, koir rasmi pasukan tentera Russia berada dalam pesawat.

Pada awalnya, dilaporkan ia membawa 70 penumpang dan anak kapal.

“Menurut data awal Kementerian Pertahanan Russia, Tu-154 hilang daripada skrin radar sejurus berlepas dari Sochi.

Kira-kira 70 penumpang berada di dalamnya,” kata sumber kepada agensi itu, hari ini.

Ia menunjukkan pesawat itu menuju ke Latakia di Syria. Sumber menambah, ia hilang 20 minit sejurus berlepas dari Krasnodar Krai di Sochi.

“Pesawat hilang kira-kira 20 minit sejurus berlepas dari Sochi kira-kira jam 5.20 pagi waktu tempatan dan hilang hubungan kira-kira 5.40 pagi,” kata sumber.

 Semua perkhidmatan menyelamat di Krasnodar Krai dan wilayah berhampiran terbabit dalam operasi mencari. - Agensi
Pesawat Tu-154 Russia Hilang Pesawat Tu-154 Russia Hilang Reviewed by Unknown on December 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.