Seo Services

Tangan Termasuk Mesin Sosej


Kajang: Wanita warga Taiwan, 56, cedera apabila tangannya tersepit pada mesin membuat sosej di kediamannya di Taman Cuepacs Cheras, Kajang jam 11.40 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang Faizad Amirul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.49 pagi sebelum menggerakkan enam anggota bersama satu jentera ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati tangan kiri wanita itu tersepit pada mesin berkenaan hingga ke paras bahu.

"Kami mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan tangan mangsa dengan membuka mesin berkenaan," katanya.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan lebam di pergelangan tangan dan lengan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.-HM
Tangan Termasuk Mesin Sosej Tangan Termasuk Mesin Sosej Reviewed by Unknown on December 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.