MIRI: Seorang anggota polis cedera semasa mengejar suspek yang cuba melarikan diri semasa operasi mencegah jenayah di Bukit Kanada petang semalam.
Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, sebelum kejadian berlaku anggota polis yang berpangkat Lans Korporal berusia 28 tahun bersama dua rakan setugasnya telah menahan seorang penunggang motosikal, lelaki rakyat tempatan berusia 20-tahun.
"Suspek cuba ditahan di lampu isyarat berhampiran sebuah pusat membeli-belah di Jalan Miri Pujut pukul 3.30 petang semalam kerana motosikal tidak memiliki nombor pendaftaran depan dan belakang,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Khoo berkata, apabila diminta untuk menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandu suspek enggan berbuat demikian dan terus memecut ke arah Bukit Kanada dan pihak polis mengejar suspek.
Beliau berkata, semasa menuruni Bukit Kanada suspek terbabas melanggar bahu jalan dan jatuh manakala mangsa cuba mengelak turut terjatuh. - Bernama
Polis Cedera Ketika Operasi Cegah Jenayah
Reviewed by Unknown
on
December 27, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 27, 2016
Rating:

No comments: