KUCHING: Sebagai usaha memanfaatkan cuti sekolah kanak-kanak, Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) mengambil inisiatif dengan menganjurkan Kem Sukan Cuti Sekolah pada 13 hingga 16 Disember untuk bola sepak manakala hoki bermula 19 hingga 22 Disember.
Kem untuk bola sepak terbuka kepada kanak-kanak berusia 9 hingga 14 tahun, terhad kepada 100 peserta dan yuran penyertaan RM250 dikenakan yang turut merangkumi makanan, kit latihan, program kejurulatihan penuh dan sijil.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSS, Dr Ong Kong Swee berkata, objektif program adalah untuk membolehkan fasiliti sukan digunakan secara menyeluruh, meningkatkan minat pelajar dengan aktiviti sihat, mengukuhkan semangat berpasukan dan kerjasama dan merealisasikan hasrat kerajaan.
"Program kejurulatihan empat hari akan berlangsung di Padang C termasuk dua sesi iaitu dari jam 8 hingga 11.30 pagi dan 2.30 hingga 5 petang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Menurutnya, faedah lain termasuk mengukuhkan kemahiran kepimpinan, meingkatkan disiplin, meningkatkan keyakinan diri, mengukuhkan perhubungan sosial dan kemahiran berpasukan dan mengukuhkan corak pemikiran serta emosi selain peserta terbaik bakal terpilih untuk program latihan tahap 2.
Untuk kem hoki, Dr Ong menjelaskan, ia terbuka kepada 40 peserta dengan yuran RM250 dikenakan yang turut merangkumi makanan, kit latihan, latihan penuh dan sijil.
"Ia terbuka kepada lelaki dan perempuan berumur 10 hingga 12 tahun (lelaki) dan perempuan berumur 13 hingga 14 tahun," ujarnya,
Tarikh akhir permohonan kedua-dua kem adalah pada 8 Disember dan untuk keterangan lanjut sila hubungi pegawai SSC Gobil Tuah, Nurfarihin Hanim Mohd Ibrahim dan Micheal Chua di talian 082-442286/442264/443136.-Sarawakiana
PSS Isi Cuti Sekolah Kanak-Kanak Dengan Kem Sukan
Reviewed by uMieySurianie
on
December 06, 2016
Rating:
No comments: