SADONG JAYA: Sarawak masih memerlukan dana besar daripada kerajaan persekutuan terutama untuk menghubungkan keseluruhan negeri ini dengan akses jalan raya.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, ini kerana selain pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, jalan pesisir pantai juga perlu diberi perhatian.
"Kita memerlukan lebih dana daripada kerajaan peruntukan untuk tujuan akses jalan raya," katanya pada Majlis Perasmian Jambatan Batang Sadong di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Majlis disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada masa sama, Adenan turut memuji kerajaan persekutuan kerana peka dengan kehendak penduduk luar bandar di Sarawak.
Menurutnya, kerajaan negeri juga giat memperkasa jalan pesisir pantai di laluan utama yang masih menggunakan perkhidmatan feri.
"Pembinaan jambatan sebenarnya lebih efisien untuk memacu ekonomi," ujarnya.-Sarawakiana
Sarawak Perlukan Dana Besar Untuk Akses Jalan Raya
Reviewed by uMieySurianie
on
December 18, 2016
Rating:
No comments: