Seo Services

Satu Bandar 'High' Akibat Pembakaran Ganja 3.3 Tan

JAKARTA : Keseluruhan penduduk di penempatan Wilayah Palmerah merasai kesan seperti penagih dadah apabila terhidu asap daripada pembakaran memusnahkan ganja yang seberat 3.3 tan oleh pihak polis wilayah tersebut.

Menurut sumber, para wartawan dan pihak polis yang berada di tempat pembakaran menerima kesan yang begitu teruk apabila mengalami pening kepala dan mual apabila menghidu asap tersebut.


Bukan setakat mereka yang berada berhampiran malah keseluruhan penduduk merasa kesan yang sama berpunca daripada aktiviti pembakaran berkenaan seperti yang dilaporkan oleh akhbar Indonesia.

Setelah mendapat rawatan di klinik-klinik dan hospital berhampiran, keadaan penduduk semakin pulih namun masih merasa terkapai-kapai seperti berada di bawah pengaruh dadah.-
Satu Bandar 'High' Akibat Pembakaran Ganja 3.3 Tan Satu Bandar 'High' Akibat Pembakaran Ganja 3.3 Tan Reviewed by Unknown on December 19, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.