Seo Services

Seni Boleh Dijadikan Dimensi Baharu Galak Inovasi Dalam Kalangan Belia: Nancy


KUCHING: Bidang seni boleh dijadikan dimensi baharu untuk menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan anak muda di negeri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, inisiatif Haus Kuching di Jalan Capital Garden adalah contoh satu bentuk transformasi bagi anak muda di Kuching mengembangkan potensi diri menerusi bidang seni.

“Anak-anak muda dari Haus Kuching amat bergiat aktif dalam karya seni dan aktiviti kreatif. Di sini ia membuka peluang untuk anak-anak muda mengembangkan potensi diri dalam karya seni seperti muzik, fotografi, inovasi sains and kejuruteraan, seni visual dan pelbagai lagi.

“Usaha yang dilakukan oleh Haus Kuching sebagai satu bentuk transformasi bagi anak muda dan generasi baharu di Kuching khasnya dalam bidang seni.

“Malah, Haus Kuching ini juga dilihat sebagai dimensi baharu yang akan menggalakkan budaya inovasi dalam bidang seni menerusi karya-karya yang memberi ilham, inspirasi serta idea-idea segar,” katanya ketika dipetik dalam status laman sosial Facebooknya selepas mengadakan lawatan ke pusat komuniti itu, baru-baru ini.

Malah, beliau turut memuji kreativiti yang dihasilkan Haus Kuching yang dilihat dapat mengubah pemikiran orang ramai untuk sentiasa mengetengahkan bakat seni.

“Dan adalah penting untuk semua pihak memberi sokongan kepada anak-anak muda ini bagi meningkatkan semangat mereka.

“Sokongan ini penting agar mereka dapat terus mengembangkan potensi dan bakat seni yang ada bukan sahaja sebagai hobi dan minat malah sebagai karier,” tambahnya.-UB
Seni Boleh Dijadikan Dimensi Baharu Galak Inovasi Dalam Kalangan Belia: Nancy Seni Boleh Dijadikan Dimensi Baharu Galak Inovasi Dalam Kalangan Belia: Nancy Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.