Seo Services

Pesawat Melepaskan Najis Di Ruang Udara Didenda



New Delhi: Pesawat yang melepaskan najis ketika penerbangan di ruang udara India bakal didenda 50,000 rupee (RM3,293.695).

Tribunal National Green yang membuat keputusan itu, turut mengarahkan pengawal selia penerbangan awam negara itu mengadakan pemeriksaan mengejut bagi memastikan tanki najis pesawat tidak kosong selepas mendarat.

Pesawat yang didapati bersalah atau tanki najis didapati kosong akan tertakluk kepada pampasan alam sekitar 50,000 rupee setiap kesalahan.

Keputusan mahkamah utama alam sekitar India ini dibuat susulan rayuan bekas pegawai Tentera Darat India yang mendakwa pesawat membuang najis ketika penerbangan di kawasan kediaman ibu negara.

Tandas pesawat biasanya menyimpan najis di dalam tangki khas yang dikosongkan apabila pesawat itu mendarat.

Bahan kimia khas ditambah bagi mengurangkan bau dan memecahkan sisa ini sekaligus menyebabkan ia turut dikenali sebagai ‘ais biru.’- metro
Pesawat Melepaskan Najis Di Ruang Udara Didenda Pesawat Melepaskan Najis Di Ruang Udara Didenda Reviewed by uMieySurianie on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.