Seo Services

Siti Nordiana Yakin Tajul Mampu Ganti Achik



KUALA LUMPUR : Penyanyi Siti Nordiana yakin adik allahyarham Achik Spin mampu menyinar seperti populariti yang diraih abangnya sejak awal 2000

Siti, 32, berkata walaupun Tajul masih di usia remaja, namun kelunakan suaranya mampu dibentuk bagi mengembalikan kenangan lagu nyanyian Achik.

“Saya bangga dengan pencapaian Tajul sebab dia boleh menggantikan arwah Achik. Lagu baru dia pun seronok saya dengar. Tahniah kepada Tajul.

“Adik-beradik arwah Achik semua pandai menyanyi. Tajul pula ada suaranya tersendiri. Suara dia besar tetapi Achik halus sedikit.

“Dia baru 18 tahun. Saya percaya suaranya akan lebih sedap selepas ini,” katanya, yang mesra disapa Nana, kepada ProjekMMO.

Siti pernah berduet dengan Achik dalam “Memori Kekasih”, lagu awal 2000-an daripada dua album duet mereka, yang kini masih menjadi siulan.


Mereka pernah dicalonkan dalam kategori penyanyi duet untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada 2003.

Tajul Ariff Noor Md Shari, 18, adik bongsu Achik daripada 10 beradik, pernah menganggotai kumpulan nasyid Akhdan pada 2010.

Tampil dengan lagu baharu “Sedalam-dalam Rindu”, video muzik yang dimuat naik sejak awal bulan ini sudah ditonton lebih 2 juta kali di YouTube. Namun video lirik lagu ini mendapat 7 juta tontonan sejak dimuatkan Oktober lalu.

Achik, nama popular Abdillah Murad Md Shari, meninggal dunia pada April 2010 dalam satu kemalangan di lebuh raya Lekas ketika berusia 27 tahun.

Siti berkata jadualnya yang padat ketika ini bukanlah masa yang sesuai untuk merakamkan lagu duet bersama Tajul.

‘“Saya tidak rakam lagu lagi dengan dia namun kalau ada peluang insya Allah. Saya boleh saja kalau ada masa,” katanya.
-malaymail
Siti Nordiana Yakin Tajul Mampu Ganti Achik Siti Nordiana Yakin Tajul Mampu Ganti Achik Reviewed by Unknown on December 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.