Seo Services

Suami Maut, Isteri Hamil Cedera


KUALA LUMPUR: Seorang pembantu stor maut manakala isterinya yang sedang hamil enam bulan cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh sebuah kereta di Jalan Pudu berhampiran Bulatan Pudu di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 10 pagi itu, mangsa, Mero Ridzuan M. Amin, 25, yang me­nunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR disahkan maut ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Bagaimanapun isterinya, Sri Winda Astuti, 23, yang bekerja sebagai jurujual sebuah pasar raya di ibu negara terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Nadzri Hussain berkata, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa sedang menunggang motosikal dari arah Cheras menghala ke Jalan Pudu.-Kosmo!



Suami Maut, Isteri Hamil Cedera Suami Maut, Isteri Hamil Cedera Reviewed by Unknown on December 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.