Seo Services

Tekong Melecur Disambar Api


LANGKAWI: Tekong melecur pada tangan dan kaki akibat disambar api ketika mengisi minyak ke dalam bot pelancong yang dikendalikannya di Jeti Teluk Baharu, Pantai Tengah di sini, hari ini.

Dalam kejadian 10.20 pagi itu, mangsa, Rahman Ali, 46, dari Kampung Kuala Temonyong di sini, dikejarkan ke Hospital Langkawi (HL) oleh orang awam untuk menerima rawatan lanjut.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, lapan anggota berserta dua jentera termasuk sebuah jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 10.25 pagi.

"Sebaik tiba, bomba mendapati kebakaran berlaku di bahagian enjin membabitkan dua bot pelancong yang sedang berlabuh dan dalam proses pengisian minyak oleh tekongnya.

"Akibat kebakaran itu, tekong berusia 46 tahun itu dilaporkan melecur pada tangan dan kaki dan dihantar oleh orang awam ke HL," katanya dalam satu kenyataan sini, hari ini.

Katanya, api sudah dipadamkan oleh orang awam sebelum bomba tiba dan kedua-dua bot pelancong itu dilaporkan terbakar kira-kira 50 peratus.-myMetro
Tekong Melecur Disambar Api Tekong Melecur Disambar Api Reviewed by Unknown on December 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.