Seo Services

Tersepit Selama 30 Minit



DUNGUN : Pemandu kereta terpaksa menahan sakit selama setengah jam sebelum berjaya dikeluarkan dari kenderaannya yang remuk selepas merempuh penghadang jalan di Kilometer 342.7 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dekat susur keluar Kuala Dungun, kira-kira 6 petang tadi.

Dalam kemalangan itu, Hasmadi Mohd Nor, 30, dari Kampung Kerandang, Besut cedera di kaki kanannya selepas tersepit di tempat duduknya.


Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa terbabas ketika hujan lebat di kawasan berkenaan sebelum merempuh penghadang jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Amri Mohamad berkata, sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian sebelum mengeluarkan mangsa.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun dengan ambulans untuk menerima rawatan lanjut.-HM
Tersepit Selama 30 Minit Tersepit Selama 30 Minit Reviewed by Unknown on December 24, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.