KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan dipercayai menembak mati tiga lelaki bersenjata dalam pertempuran semasa cubaan penculikan di Merabung di Darvel Bay di Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan berlakunya insiden tembak-menembak antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata dalam kejadian pukul 9.30 malam Khamis.
"Saya akan beri butiran lengkap kemudian, kita masih mendapatkan maklum balas penuh,'' katanya.
Satu sumber berkata, seorang anggota keselamatan turut cedera semasa cubaan penculikan oleh kumpulan yang menculik nelayan bagi mendapatkan wang tebusan.
Menurut sumber lagi, tiga penceroboh lain ditahan dalam kejadian itu.-mStar
Tiga Suspek Culik Ditembak Mati Di Perairan Sabah
Reviewed by Unknown
on
December 09, 2016
Rating:
No comments: